Thursday, September 29, 2011

MATA KAIL...




Pemilihan mata kail amat penting mengikut kesesuaian ikan yang dicari. Bagi memancing udang galah, memadai menggunakan mata kail udang sebarang jenama bersaiz 6 - 3. Bagi aktiviti pancingan kolam pula, adalah lebih sesuai menggunakan mata kail sabit jika mencari ikan tongsan. Bagi aktiviti memancing di laut pula, perlu menggunakan mata kail yang kukuh dan kuat supaya ikan buruan tidak terlepas memandangkan kekuatan ikan-ikan mega amat sukar dijangka. Pengalaman mata kail jenis Daiichi bersaiz 6/0 menjadi lurus menjadi pengajaran kepada saya bahawa pemilihan mata kail amat penting untuk menaikkan ikan buruan di laut. Tidak dapat dipastikan jenis dan saiz ikan tersebut tetapi apa yang saya dapat ialah mata kail yang lurus dan perasaan hampa.

Berikut merupakan jenama mata kail yang boleh dipercayai dan tahan lasak untuk aktiviti memancing laut dalam.





No comments:

Post a Comment