TONGSAN terbahagi kepada dua jenis, iaitu tongsan sisik kasar dan tongsan sisik halus. Perbezaannya ialah pada sisiknya seperti nama kedua-dua jenis tongsan tersebut. Ada yang mengatakan tongsan sisik kasar lebih sedap dan tidak hanyir. Jika kena dengan caranya, hanyir tongsan sisik halus boleh dihilangkan. Antara petuanya ialah dengan mengelar bahagian bwah leher dan pangkal ekor ikan tersebut sebelum dibiarkan agar darah hanyir tongsan sisik halus dapat dihilangkan.
Tongsan yang liar memang susah dijinakkan. Malahan, tongsan yang ada di kolam pancing juga agak susah dinaikkan kerana ia memilih habuan umpannya. Di kawasan Ampangan, Seremban, terdapat sebuah kolam pancing di perkampungan Jiboi. Di situ terdapat ikan tongsan sisik halus, pacu, patin, rohu dan juga lampam. Tetapi untuk mendapatkan ikan-ikan di sini amatlah mencabar kesabaran. Ramai yang berputus asa dan mengatakan di situ tiada ikan. Bagi saya, cabaran seperti inilah perlu disahut untuk mencatat rekod peribadi saya di sini.
Sepit Udang Galah pun ada kat sini.. |
Ikan-ikan di sini tidak banyak dan sangat memilih umpan, tetapi saiz-saiz ikan di sini agak besar dan mega. Bagi yang mencari ikan patin, anda boleh mencuba dengan dedak merah kerana saya telah menaikkan banyak ikan patin di sini dengan menggunakan umpan tersebut. Ikan lampam pula tidak memilih umpan dan bagi ikan tongsan pula umpannya berubah-ubah. Ikan tongsan yang pertama saya jinakkan di sini seberat lebih 14 kilogram dengan menggunakan umpan dedak 920c (dedak nescafe) dicampur dengan sedikit belacan. Saya menggunakan kekili Shimano Alivio 4000FB, tali benang Sufix 30LBS serta joran Daiwa Jupiter Satari untuk menaikkan ikan tersebut hampir 10 minit. Terketar-ketar kaki saya ketika mengarau kerana kekuatan dan berat ikan tersebut cuba melawan karauan saya. Walaupun penat mengerah tenaga, tetapi saya puas kerana berjaya menjinakkan ikan bersaiz besar di sini.
Tongsan Pertama Yang Saya Jinakkan |
Di kolam tersebut, saya telah banyak menaikkan ikan tongsan sepanjang saya pergi ke kolam tersebut dengan berbagai-bagai resipi umpan yang dicuba. Tapi kesabaran serta sikap tidak putus asa perlu ada sekiranya ingin menduga kolam ini. Siapa kata tiada ikan di sini???
salam, dkt bhgn mana yg bnyk ikan??? belah hujung ke??? pakai umpan ape???
ReplyDeleteberapa bayaran kolam ni bro?
ReplyDeletesalam..sy dah biasa dgn tokey kolam tu. so, sy bayar RM10 je dari pagi sampai malam.. :)
ReplyDeleteAkmal - Kalau tghri or petang, elok kat tgh2 je.. if malam or tgh pagi, kat hujung dekat dgn rumah orang tu bro.. Umpang dedak 929 + perisa pandan atau pisang.. selamat mencuba! :)
ada pegi lagi tak baru-baru ni bro? saya 2 kali gi minggu lepas hampa lah..pakai mata apa bro?
ReplyDeletebro ada pegi lg tak tempat tu baru2 ni? saya gi malam tlapia je dapat, bwh pokok besar dekat bangsal tu..hehe...
ReplyDeleteOo...saya dah lama x turun kolam tu dah.. Lepas tukar tempat kerja ni langsung x dapat turun sana. Kalau siang, dekat dpn bangsal tu, kalau malam pulak dekat sebelah kedai mkn mak cik tu ha..
Delete