Jelajah Joran

Loading...

Tuesday, June 17, 2014

Pencarian Udang Galah...

Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran dan rezeki dari-Nya, dapat juga kami menaikkan beberapa ekor Udang Galah atau lebih dikenali sebagai Jenggo oleh para pemancing spesies tersebut.

Kami telah mencuba di beberapa lokasi sepanjang tempoh bln Mac hingga Jun ini berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penduduk sekitar bandar Teluk Intan ini. Sebagai orang baru, agak sukar bagi kami untuk membaca cara Jenggo ini membaham umpan.

Umpan yang biasa kami gunakan ialah cacing dan umpun-umpun yang dibeli di kedai pancing. Kawasan-kawasan percubaan kami adalah di Dataran Udang Galah, Jeti Pak Musa di Batu 5, Jambatan Sungai Bidor dan di sekitar kawasan Teluk Intan.




Bersama rakan saya, kami berpuas hati dengan si sepit biru yang bersaiz kasar di kawasan-kawasan tersebut walaupun pada hakikatnya telah banyak kami daratkan udang galah yang bersaiz kecil.









Kami merancang untuk menaiki bot bersama otai-otai Jenggo untuk menduga lubuk-lubuk di sekitar kawasan Batak Rabit di Teluk Intan. Semoga misi kami ini juga akan berjaya dan akan membuahkan hasil yang lumayan walaupun kami masih 'orang baru' di dalam dunia menekan Jenggo ini.