Friday, October 7, 2011

MEMANCING UDANG GALAH


UDANG GALAH atau nama saintifiknya (Macrobrachium Rosenbergii),  adalah sejenis lagi hasil tangkapan yang sangat digemari oleh rata-rata pemancing di Malaysia. Udang Galah ini boleh didapati di sungai-sungai yang besar di sekitar Malaysia seperti Sungai Kinta, Sungai Linggi, Sungai Timun, Sungai Merchong, Rompin dan lain-lain.



Bagi pemancing baru seperti saya, memancing udang galah adalah sesuatu yang mencabar. Ia memerlukan teknik-teknik yang betul serta tahap fokus yang tinggi. Pengalaman memancing di Sungai Linggi, Negeri Sembilan telah membuka mata saya bahawa memancing spesies udang ini bukanlah sesuatu yang senang seperti yang saya jangkakan.  Setelah beberapa kali memancing di sana  dan pulang tanpa hasil, saya mencuba pula untuk memancing udang galah di tempat yang lain.

Kolam Udang Galah Solok Paku, terletak kira-kira 15 kilometer dari Seremban, itu antara destinasi bagi pemancing-pemancing udang galah yang baru belajar. Kolam tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM10 sejam, dan ada juga pakej RM40 bagi 5 jam. Apa yang menariknya, pihak pengurusan kolam ini memasukkan udang galah hampir setiap hari serta memaklumkan pada pelanggannya tentang kemasukan udang galah tersebut melalui pesanan SMS.

Hasil untuk percubaan kali pertama kami amat menggalakkan. Kami menggunakan umpan umpun-umpun untuk mendapatkan si sepit biru tersebut. Walaupun saya ketinggalan dari segi kuantiti, tetapi saya mendapat hasil tangkapan yang paling besar. Kami berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Anda boleh mencubanya sendiri dengan datang ke kolam memancing ini. And boleh menghubungi pemiliknya.




Selain itu, di Perak juga terdapat Kolam Udang Galah D’Mensah di kawasan  Gopeng. Di situ lah tempat-tempat memancing udang galah yang pernah saya cuba dan setakat ini Alhamdulillah hasilnya boleh tahan. Selamat mencuba!!!


udang lipan hasil menjaring di muara sg lukut

No comments:

Post a Comment