Friday, April 11, 2014



Salam sejahtera...

Sudah bersawang blog ni.. Dah lama saya tak update disebabkan waktu dan kerja tidak berapa mengizinkan saya utk meluangkan masa untuk menulis dalam blog ini.

AKTIVITI memancing saya sangat terhad sebelum ini disebabkan kurangnya kaki pancing di sekitar kawasan saya bekerja di Kelana Jaya sebelum ini. Tetapi kini, saya telah bertukar ke kawasan Hutan Melintang, Perak. Sekarang, saya masih di dalam proses mengenali selok belok kawasan di sekitar Teluk Intan sehingga ke Hutan Melintang untuk menduga lubuk-lubuk yang berpontensi mendatangkan hasil.

SUNGAI PERAK menjadi tempat saya utk melepaskan gian melontar pancing. Mujurlah ada geng-geng pancing yang selalu turun memancing bersama. Kalau sorang-sorang, boring jugak. Kami telah mencuba di merata-rata tempat utk mencari hotspot memancing yang best tapi masih belum menjumpai tempat yang betul-betul best!

Nanti saya akan update lagi utk anda....




Target kami kini ialah si 'Sepit Biru'.

AWAS!!! Mu tunggu aku pancing...  :)